Jawatan Kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Mac 2012 ~ Maklumat terkini 15 Mac 2012 tentang iklan kerjaya tawaran Jawatan Kosong oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ambilan Mac 2012.
PDRM kini mempelawa mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Konstabel (Lelaki/Wanita)
Pemohon-pemohon adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan Konstabel dalam Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja MalaysiaKontinjen Selangor.
Syarat-syarat pemohon-pemohon yang berminat untuk berkhidmat/menyumbang tenaga di dalam Pasukan Sukarelawan Polis adalah seperti berikut:
| (a) TARAF KELAYAKAN: |
Warganegara Malaysia |
| (b) UMUR: |
Tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun. |
| (c) UKURAN BADAN : |
Tinggi (tanpa kasut) tidak kurang dari 1.62 cm (5 kaki 4 inci) untuk lelaki dan 1.52 cm (5 kaki) untuk wanita. Lilitan dada : 81/86 (32/34 inci). Berat badan: tidak kurang dari 48 kg (105 lb). Mempunyai susuk badan segak. |
| (d) PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN : |
Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran baik, sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata. |
| (e) KELULUSAN PELAJARAN : |
Lulus SRP/LCE Gred ‘A’ dan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia atau;
Lulus PMR dan mendapat sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam 4 mata pelajaran yang lain, termasuk Matematik atau;
Lulus SPM – mendapat kepujian 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus 4 mata pelajaran lain. Kelulusan yang lebih tinggi digalakkan dan diberikan keutamaan. |
| (f) SYARAT-SYARAT LAIN: |
(i) Mempunyai pekerjaan tetap.
(ii) Pemohon yang menjawat jawatan di jabatan kerajaan/swasta hendaklah mendapat kebenaran dan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan/Majikan masing-masing.
(iii) Bermastautin di dalam lingkungan 8 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon. Pemohon yang tinggal lebih dari 8 km tetapi tidak lebih 16 km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan pengangkutan sendiri.
(iv) Bersih dari sebarang rekod Jenayah/SB.
(v) Mempunyai masa lapang untuk hadir tugas/latihan aktiviti pasukan teruatama pada waktu petang bermula jam 5.00 petang hingga 12 tengah malam. Pekerja-pekerja sering bekerja luar tidak digalakkan memohon.
(vi) Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
(vii) Pekerja-pekerja dari kumpulan “Key Personnel” seperti Hospital/TNB (breakdown)/Telekom (teach)/Pegawai Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
(viii) Kebolehan bertutur bahasa asing selain daripada bahasa Inggeris seperti Bahasa Jepun, Arab, Korea dan sebagainya dan lain-lain kemahiran dalam bidang teknologi maklumat serta teknikal, akan diberi keutamaan.
(ix) Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah. |
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
(a) Pemohon-pemohon yang berjaya di dalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan, tapisan Jenayah dan Cawangan Khas sebelum layak diterima masuk berkhidmat.
(b) Semua pemohon-pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani latihan asas selama 6 bulan sebagai rekrut (Latihan Tempatan) sebelum disahkan berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis.
(c) Sukarelawan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah: PVR Regulations 1956 Akta Polis 1967 dan Hukuman Tetap KPN Bah. A502
CARA-CARA MEMOHON
(a) Borang permohonan boleh diperolehi di Pejabat Hal Ehwal Awam, Tkt. 6, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, 40912 Shah Alam, Selangor (jam 8.00 pagi hingga 5.00 ptg) dan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Selangor. Borang yang lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada PT Hal Ehwal Awam, Tkt. 6, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
(b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Mac 2012. Pemohon akan dihubungi melalui pos untuk hadir temuduga.
Anda boleh rujuk sumber iklan tawaran Jawatan Kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Mac 2012 ini melalui pautan berikut ~ Iklan Keratan AKHBAR
Moga-moga maklumat ini bermanfaat buat Anda. Sekian.